Pergi ke kandungan

Sukan Olimpik Musim Panas 1900

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sukan Olimpik Paris 1900)
Sukan Olimpik II
Poster acara lawan pedang di Sukan Olimpik Musim Panas 1900
Hos BandarParis, Perancis
Negara26
Atlet1226
Acara95 dalam 19 sukan (21 disiplin)
Pembukaan14 Mei 1900
Penutupan28 Oktober 1900
StadiumVélodrome de Vincennes


Sukan Olimpik Musim Panas 1900, secara rasmi dikenali sebagai Games of the II Olympiad, telah diadakan pada tahun 1900 di Paris, Perancis. Pertandingan bermula pada 14 Mei dan berakhir pada 28 Oktober, dan diadakan sebagai sebahagian daripada Pameran Dunia 1900 yang berlangsung di Paris ketika itu. Walaupun pihak Greece berusaha untuk memastikan agar Olimpik tetap dilaksanakan di Yunani, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa kekal dengan keputusan untuk menyelenggarakannya di tempat yang berbeza bagi setiap temasya.

Kebanyakan pemenang dalam Sukan Olimpik ini tidak menerima pingat tetapi diberi piala atau trofi. Sukan Olimpik 1900 ini menjadi temasya Olimpik yang pertama disertai wanita.

Acara sukan

[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 12 acara sukan baharu telah dipertandingkan dalam temasya ini. Namun, acara gusti dan angkat berat yang dipertandingkan pada temasya 1896 tidak dipertandingkan dalam temasya ini. Antara semua acara sukan yang dipertandingkan, hanya croquet sahaja yang merupakan acara bukan antarabangsa, di mana acara ini hanya disertai atlet Perancis.

Penyertaan negara

[sunting | sunting sumber]
Negara yang menyertai

Pada masa itu, konsep negara peserta belum wujud, dan peserta dikira secara individu. Walau bagaimanapun, rekod kewarganegaraan peserta individu juga disimpan. Terdapat juga beberapa atlet yang mewakili negara lain, namun penyertaan mereka masih direkodkan mengikut kewarganegaraan mereka.

Penyertaan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan

Iran dikenali sebagai Parsi pada masa itu.

Berikut merupakan negara yang tidak diwakili namun rakyatnya mewakili negara lain:

Jadual pingat

[sunting | sunting sumber]
Peringkat Negara Emas Perak Gangsa Jumlah pingat
1 Perancis Perancis 25 36 31 92
2  Amerika Syarikat 20 14 15 49
3  United Kingdom 16 6 9 31
4   Switzerland 6 1 1 8
5  Belgium 5 5 5 15
6 Pasukan Campuran (ZZX) 4 3 3 10
7 Jerman 3 2 2 7
8 Itali 2 1 0 3
9 United Kingdom Australia 1 2 0 3 5
10  Denmark 1 3 2 6

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]