Pergi ke kandungan

Awal Muharam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana hari tersebut menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Awal Muharram juga merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Maal Hijrah
مع الهجرة
Perayaan Tahun Baru Hijriah di Nawa-I-Barakzayi, Afganistan (2010)
Official nameرأس السنة الهجرية
Raʼs al-Sanah al-Hijrīyah
Also calledTahun Baru Islam, Tahun Baru Arab
Observed byMuslim
TypeIslam
Beginsmatahari terbenam, hari terakhir dari bulan Zulhijah–1 Muharam
Endssenja, 1 Muharam
Date1 Muharam

Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata dunia.

Tema Maal Hijrah

[sunting | sunting sumber]
  • 1971(M) | 1392(H) - Islam Dalam Sains & Teknologi
  • 1972(M) | 1393(H) - Peranan Islam Dalam Pembangunan Masyarakat Moden

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]